Monday, April 4, 2011

Adakah kita dalam golongan yg GAGAL??! (cont.)

InsyaAllah untuk entry kali ni, saya akn sambung semula mengenai tajuk yg dulu iaitu 5 Golongan Yg Menempuh Gagal....

Ketiga: Sering Menyalahkan Orang Lain
Orang2 yg seperti ini, sering menyalahkan orang atau persekitaran sebagai penyebab mereka tak berjaya. Sebagai contoh ketika berlakunya kegawatan ekonomi, ramai usahawan merungut dengan menyatakan mereka susah mencari pelanggan ketika itu. Mereka hanya menyalahkan ekonomi shja. Tapi benarkah ekonomi yg salah??atau kita sendiri yg yg tak pandai cari peluang?? ataupun kita sendri yg x menggandakan usaha ketika ekonomi memerlukan kita supaya lebih berusaha??

Untuk berjaya, 100% t/jwb perlu dipikul oleh diri sendiri. Sesuatu yg hebat berlaku pada diri kita adalah hasil usaha kita. Sesuatu yg tak diingini berlaku juga adalah adalah salah kita sndri. Renungkanlah...



Keempat: Berfikiran Negatif
Memang dh jd kebiasaan manusia mudah untuk berfikiran negatif berbanding positif. Sebagai contoh, waktu ingin memulakan perniagaan, mungkin akan timbul sedikit perasaan ragu2. Keadaan ini akan membuatkan kita jadi lemah semangat. Lebih buruk lg kalau kalau kawan2 di sekeliling kita juga menyuarakan pemikiran yg negatif.

Cara terbaik ialah mencari golongan lawan iaitu golongan yg berfikiran positif. Bercampur dgn mereka yg berfikiran positif akn membuatkn kita juga turut berfikiran positif dalam mencapai apa jua matlamat.



Kelima: Tidak Berusaha Menambah Ilmu
Pada masa sekarang ni, ilmu boleh dapat di mana2 pun. Baik dr majalah sehinggalah ke internet. Dalam al-Quran disebut sebanyak 700 kali perkataan ilmu, menunjukkan betapa pentingnya ilmu itu kpd diri kita. 

Golongan yg tidak berusaha mencari dn menambah ilmu umpama tidak menyayangi diri sendiri kerana tidak mahu membaiki diri sendiri.  Namun ada juga golongan yg lebih rugi dari ini iaitu mereka yg mempunyai ilmu tetapi tak mengamalkan ilmu yg dipelajari.



akhir kata: mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam golongan-golongan ini...InsyaAllah...=)

No comments:

Post a Comment